
Program Training of Trainers melibatkan penggerak Yayasan Madani bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Ulu Sepri, Negeri Sembilan
Hits: 71
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri melalui Bahagian Kawalan Kualiti telah melaksanakan Program Training of Trainers melibatkan penggerak Yayasan Madani bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Ulu Sepri, Negeri Sembilan pada 4 hingga 6 Oktober 2024.
Seramai 85 peserta telah berjaya melalui sesi modul latihan kenegaraan Malaysia Madani yang merangkumi Sejarah Kenegaraan, Kefahaman Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta Kerangka Malaysia MADANI. YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) telah menyampaikan ceramah Malaysia MADANI serta berdialog bersama-sama peserta manakala sesi majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Selain pengisian kenegaraan, peserta turut didedahkan dengan maklumat kesukarelawan yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel (PA)Lokman Hakim Bin Abdul Rahman dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan.