Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Selangor pada 10 hingga 13 Januari 2025

Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Selangor pada 10 hingga 13 Januari 2025

Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia Dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia telah menganjurkan Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Selangor pada 10 hingga 13 Januari 2025. Penyertaan kali ini telah melibatkan seramai 81 orang pelajar tajaan JPA yang bakal melanjutkan pengajian ke German dan Jepun. Taklimat program telah disampaikan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin, Penolong Pengarah Seksyen Institusi Pengajian merangkap Penyelaras Program bagi kursus pada kali ini. Kefahaman asas berkaitan ilmu kenegaraan melalui Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara menjadi bahan rujukan peserta bagi sesi latihan dalam kumpulan yang telah dikendalikan oleh pegawai latihan Akademi Kenegaraan Malaysia. Kursus 4 hari 3 malam ini juga memberikan pendedahan dalam aktiviti rekreasi luar seperti kembara hutan, perkhemahan dan aktiviti tali tinggi (abseiling). Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklumbalas yang positif daripada kalangan peserta. AKM mendoakan agar semua pelajar selamat berangkat ke luar negara dan dapat bertiwikrama di sana dengan beroleh kejayaan sebagai Duta Kecil Malaysia 🇲🇾