
PROGRAM UKHUWAH MADANI : SEMINAR LESTARI SILAT LEGASI MADANI
Hits: 36
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan Program Ukhuwah MADANI : Seminar Lestari Silat Legasi MADANI yang melibatkan penyertaan dari komuniti setempat.
Program yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya ini dihadiri oleh peserta dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Seni Tempur Nagaputra.
Program ini menjadi medium dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep Malaysia MADANI kepada pelbagai kumpulan sasar. Ia turut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama serta muafakat yang utuh antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Seni Tempur Nagaputra selain mengembangkan budaya silat dan memperkukuhkan jati diri berdasarkan nilai hormat, selaras dengan teras nilai MADANI.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Arham bin Azmi, Timbalan Pengerusi, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPPWP) Zon Putrajaya. Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Dr. Hajah Siti Nazariah Haji Abdul Razak; Encik Mohd Faizul bin Nasir, jurulatih silat dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017; Encik Mohd Arif bin Mohd Saad, Ketua Gurulatih Gelanggang Seni Tempur Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Nagaputra selaku rakan kolaborasi; serta Encik Muhammad Aidid Adil bin Haji Zainal selaku penyelaras program. Program ini turut dihadiri oleh Puan Sarah Maria Izuma binti Saruji selaku penyelaras bersama mewakili Kementerian Belia dan Sukan.
Diharapkan program ini dapat terus memperkukuhkan semangat patriotisme rakyat Malaysia melalui pemahaman dan penghayatan terhadap konsep Malaysia MADANI, sekali gus menyemai semangat kenegaraan dan menyebarluaskan matlamat pembinaan negara bangsa di semua peringkat masyarakat.