Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
PROGRAM UKHWAH MADANI BERTEMPAT DI HOSPITAL TUARAN

PROGRAM UKHWAH MADANI BERTEMPAT DI HOSPITAL TUARAN

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍
𝟐𝟎/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Program Ukhwah Madani bertempat di Hospital Tuaran, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama pihak Hospital Tuaran.
Sempena program ini, YBhg Dato' Dr. Haji Roslan Bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri telah merasmikan penjenamaan semula Unit Porter Hospital Tuaran kepada Unit Ihsan Hospital Tuaran.
Turut hadir ialah YBrs Encik Roslan Bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM, Datin Shonitah Binti Terang, Pengarah AKM Negeri Sabah dan Pengarah-Pengarah Negeri serta bahagian AKM.
Dalam ucapan alu-aluan, YBrs Dr. Primus John, Pengarah Hospital Tuaran menerima baik dan mengalu-alukan kerjasama serta kolaborasi antara agensi untuk menganjurkan program seumpama ini bagi menyokong hasrat kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam agenda kepimpinan negara berteraskan nilai Malaysia Madani.
Sempena program tersebut, penyerahan sumbangan cenderamata kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Tuaran telah disampaikan oleh pihak AKM.