
PROGRAM UKHWAH MADANI
Hits: 27
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟐𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐁𝐮𝐡𝐚𝐯𝐚𝐧 𝐒𝐪𝐮𝐚𝐫𝐞, 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠
Program Ukhwah Madani anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Penampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah berlangsung pada 20 Februari 2025 bertempat di Buhavan Square, Penampang.
YBrs. Encik Noor Hisyam bin Rosle, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, AKM telah hadir untuk merasmikan Program ini.
YBrs. Tuan Ricky Chang Pemaju Masyarakat Komuniti Penampang memberi ucapan aluan dan mengalu-alukan kerjasama serta kolaborasi antara agensi untuk menganjurkan program seumpama ini bagi menyokong hasrat kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam agenda kepimpinan negara berteraskan nilai Malaysia Madani.
Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Negeri AKM.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program. Antaranya sembang kenegaraan diikuti dengan kuiz kenegaraan, program derma darah dan pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah.