Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
RANCAKKAN MADANI SABAH: AKU KASIH MALAYSIA (WARGA PENDIDIK DAN PESARA GURU SELURUH NEGERI SABAH

RANCAKKAN MADANI SABAH: AKU KASIH MALAYSIA (WARGA PENDIDIK DAN PESARA GURU SELURUH NEGERI SABAH

𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇)
𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
 
Program Rancakkan Madani Sabah: Aku Kasih Malaysia berlangsung di Dewan International Technology & Commercial Centre (ITCC), Penampang, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah.
Sesi kemuncak program, iaitu perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dalam ucapan beliau, program sebegini selari dengan aspirasi "Malaysia Madani" dan menyentuh 9 tumpuan RMK-13. Dalam bicara penutup beliau mengajak peserta untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam memaju kesejahteraan rakyat.
YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Husin, Ketua Pengarah AKM telah berkongsi dengan peserta berkenaan Guru Pemangkin Patriotisme Negara. Dalam ucapannya, beliau juga mengulas sedikit mengenai RMK-13 yang berkaitan dengan pendidikan.
Seramai lebih seribu orang peserta yang hadir juga telah disajikan dengan sesi Interaktif Kenegaraan Malaysia MADANI yang telah disampaikan oleh En. Darwis bin Dawing, Penolong Pengarah AKM Negeri Sabah. Selain itu, sesi forum yang bertajuk "Untold Story". Forum dikendalikan oleh moderator YBhg. Datuk Nordin bin Mohd Taib. Manakala panel 1, YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Hasbullah bin Mohd Taha, Panel 2, YBhg. Datuk Haji Zulkifli bin Haji Jaafar, dan panel 3 YBhg. Dr. Shirley Tay Siew Hong. Perkongsian forum "Untold Story" mengisahkan perjalanan awal dan pengorbanan tenaga dan emosi demi anak bangsa. Dan diakhiri dengan harapan terhadap generasi akan datang.
Semoga program Rancakkan Madani: Aku Kasih Malaysia ini akan menjadi medan penting dan menyemai semangat patriotik serta membentuk jati diri rakyat Malaysia yang berwibawa dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara bangsa.
Melalui inisiatif seperti ini, diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berdaya kepimpinan tinggi dan mampu membawa perubahan positif demi kemajuan Malaysia yang berdaulat dan harmoni.