Program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Agensi Penguatkuasaan (KEYAKINAN) Siri 1/2024 pada 29 hingga 31 Julai 2024
Hits: 22
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menerusi Pejabat Zon Tengah telah melaksanakan Program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Agensi Penguatkuasaan (KEYAKINAN) Siri 1/2024 pada 29 hingga 31 Julai 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah (PLKAG), Melaka.
Kursus ini telah dihadiri seramai 95 orang peserta dari 7 agensi penguatkuasaan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN). Objektif kursus adalah bagi mengukuhkan lagi semangat patriotik berlandaskan Prinsip Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan rukun Malaysia MADANI serta memberi penekanan berkaitan kepentingan integriti bagi mencapai Malaysia MADANI dalam pembinaan negara bangsa seterusnya meningkatkan KEYAKINAN. Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Pejabat Zon Tengah, AKM.