
Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak CUEPACS Negeri Sembilan
Hits: 27
Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak CUEPACS Negeri Sembilan pada 15 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Hormat Aras 5, Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Menerusi perbincangan ini, pihak CUEPACS Negeri Sembilan sangat tertarik dengan program yang ditawarkan oleh pihak AKM dan impak yang bakal diterima mereka. Persetujuan tarikh program telah dibuat dalam perjumpaan kali ini dalam usaha untuk memperkukuhkan nilai kenegaraan dalam kalangan kakitangan Badan Berkanun dan Penjawat Awam.