
Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif , Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) kepada 73 orang eksekutif, kakitangan dan personaliti TV AlHijrah
Hits: 34
Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif , Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) kepada 73 orang eksekutif, kakitangan dan personaliti TV AlHijrah pada 9 hingga 11 September 2024 bertempat di PLK Meru, Klang, Selangor. Program telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah Puan Nadzariah binti Mohamed dan sesi perasmian tersebut turut dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Bin Abdul Aziz, selaku Pengurus Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran TV AlHijrah. Sepanjang 3 hari 2 malam ini para peserta telah didedahkan kepada pengisian modul latihan kenegaraan Malaysia MADANI dan mereka mengikuti setiap pengisian ilmu yang dirangkum di dalam program ini dengan ceria dan aktif sekali. Melalui program ini juga para peserta memahami akan peri pentingnya peranan media di dalam menyebarluaskan ilmu kenegaraan ke arah pembinaan negara bangsa kepada seluruh warganegara Malaysia, seiring dengan aspirasi TV AlHijrah 'Satukan Ummah Dengan Ilmu'. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Shukri Bin Hj Adnan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Korporat. Terima kasih diucapkan kepada warga TV AlHijrah di atas kerjasama yang amat baik sekali.