Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan jalinan strategik serta perbincangan kolaboratif bersama-sama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan jalinan strategik serta perbincangan kolaboratif bersama-sama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan jalinan strategik serta perbincangan kolaboratif bersama-sama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 13 September 2024 bertempat di ibu pejabat DPMM di Kuala Lumpur. Pertemuan ini adalah susulan perbincangan awal yang bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan program-program Kenegaraan Malaysia MADANI yang bakal dilaksanakan bersama-sama pihak DPMM pada masa akan datang. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Norsyahrin Hamidon selaku Presiden DPMM dan turut disertai oleh Timbalan Presiden DPMM, Setiausaha Agung DPMM dan Pengarah Hal Ehwal Korporat DPMM. Sesi di mulakan dengan pengenalan berkenaan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan disusuli perkongsian berkaitan program-program yang dilaksanakan di bawah AKM khasnya di bawah kendalian Bahagian Latihan Eksekutif (BLE) yang disampaikan oleh Encik Ahmad Shukri Adnan, Ketua Seksyen Korporat BLE. Perbincangan kolaboratif ini diharap dapat membina satu jalinan strategik serta kerjasama yang akrab melalui pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia MADANI ( Korporat ) AKM bersama-sama DPMM pada masa akan datang.