
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (SSM), Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Kursus Pengenalan dan Asas kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 Lantikan Baharu
Hits: 61
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (SSM), Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Kursus Pengenalan dan Asas kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 Lantikan Baharu pada 2 hingga 6 September 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program selama 5 hari 4 malam ini telah disertai seramai 21 orang Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang baharu dilantik berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024 bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Tpj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Kursus pengenalan dan asas pegawai lantikan baharu ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga peserta dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan bagi melaksanakan fungsi, misi dan visi Jabatan.