Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Jabatan Imigresen Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 1/2025

Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Jabatan Imigresen Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 1/2025

Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Jabatan Imigresen Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 1/2025 pada 18 hingga 20 Januari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang. Seramai 113 orang peserta iaitu 60 orang lelaki dan 53 orang perempuan yang terdiri daripada kakitangan dan penguatkuasa KP 1 dan KP2 telah menghadiri kursus ini. Selama 3 hari 2 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan. Ucapan perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA dan beliau meminta para peserta menjaga imej Jabatan serta menasihati peserta supaya sentiasa berintegriti dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. Selain itu juga, beliau menzahirkan ribuan terima kasih kepada AKM kerana menjadikan Jabatan Imigresen Malaysia KLIA sebagai agensi penguatkuasa pertama mengadakan Kursus Malaysia MADANI. Turut serta bersama semasa sesi perasmian kursus adalah YBrs. En. Kamalifauzi bin Abdul Rashid, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang, YBrs.Tuan Mohd Khairuddin bin Musliman, Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Ahmad Razib bin Annuari, Ketua Bahagian Integriti, Jabatan Imigresen Malaysia KLIA.