Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
SEMBANG SANTAI WACANA PEMIKIRAN MADANI BAGI JAWATANKUASA PEWAKILAN PELAJAR IPGM (Z0N TENGAH)

SEMBANG SANTAI WACANA PEMIKIRAN MADANI BAGI JAWATANKUASA PEWAKILAN PELAJAR IPGM (Z0N TENGAH)

𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐈𝐏𝐆𝐌 (𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡)
𝟐𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐠. 𝐑𝐡𝐮
YBhg. Dato' Dr. Hj. Roslan bin Hj. Hussin hadir ke PLK Tg Rhu Sepang, Selangor dalam sesi sembang santai 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 bersama-sama barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Tengah.
Turut hadir Encik Ahmad Shukri Hj. Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor, Encik Mohd Kamal Affandi selaku Penyelaras Program dari Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan serta wakil pegawai kanan IPGM.
Sesi perkongsian ilmu ini dilaksanakan sempena Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI kepada Barisan JPP IPGM (Zon Tengah). Kursus seperti ini juga akan dilaksanakan kepada JPP IPGM seluruh Malaysia secara bersiri.
Di kesempatan ini juga YBhg Dato' KP AKM turut mengiktiraf serta melancarkan 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐈𝐏𝐆𝐌 yang bertujuan untuk menjadi agen perubahan kepada masyarakat dalam mendidik dan mengamalkan nilai teras MADANI (Hormat).
Tambahan, mereka juga akan terlibat dengan AKM melalui pelaksanaan aktiviti dan program dalam usaha menyebarluaskan pemahaman berkaitan Kenegaraan.
Semoga dengan pelancaran ini dapat mengeratkan lagi jalinan akrab dan inisiatif rentas kementerian di antara AKM dan IPGM dalam penyampaian perkhidmatan yang baik kepada rakyat keseluruhannya.