
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BELIA DAN TVET: INSTITUT KEMAHIRAN MARA
Hits: 10
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓: 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
𝟏𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, melalui Seksyen Belia dan TVET telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Belia dan TVET di Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu, Sabah dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah, Melaka.
Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dari kalangan belia mengenai kenegaraan dan pengukuhan jati diri sebagai pemimpin belia masa hadapan. Selain itu, peserta diterapkan berkenaan 6 teras Malaysia MADANI bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkenaan Malaysia MADANI.
Seminar ini telah menghimpunkan seramai 672 orang peserta terdiri daripada 206 orang pelajar dari dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah, Melaka dan 466 orang pelajar dari Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu, Sabah. Seminar ini Kerjasama antara Akademi Kenegaraan Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).