
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI : GURU - GURU KAFA DAERAH TAIPING
Hits: 12
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐆𝐔𝐑𝐔 - 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆
𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI : Guru -Guru KAFA Daerah Taiping telah berlangsung di Dewan Pusat Latihan Penjara Taiping,Perak
Pengisian seminar dilaksanakan secara interaktif dan sesi perkongsian ilmu berkenaan sejarah kenegaraan, perlembagaan persekutuan Malaysia, rukun negara serta Malaysia MADANI : Membina Negara Bangsa yang disampaikan oleh tutor kenegaraan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak.
Seramai 265 orang peserta terdiri daripada guru - guru sekitar daerah Taiping menghadiri seminar secara bersemuka. Harap dengan pendedahan ini dapat memberi kesedaran dan peningkatan ilmu kenegaraan dikalangan guru khasnya.Peserta telah memberikan maklum balas yang positif dan memberangsangkan sepanjang seminar berlangsung.