
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (INSTITUSI PENDIDIKAN)
Hits: 28
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍) - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍
𝟎𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Pahang melalui Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin telah melaksanakan Seminar Kepimpinan Malaysia Madani (Institusi Pendidikan) - Anak Pahang Daerah Rompin di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang.
Seminar ini telah disertai oleh Pelajar Sekolah Menengah dari 18 buah Sekolah Menengah dari Daerah Rompin. Turut menghadiri seminar ini ialah guru-guru pengiring dari sekolah terlibat.
Seminar ini didahului dengan taklimat berkaitan pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia dan sesi ceramah bertajuk Malaysia MADANI : Membina Negara Bangsa yang disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Azhar Bin Awam, Penolong Pengarah AKM Negeri Pahang. Seterusnya Sesi Interaktif Kenegaraan dan Penetapan Minda telah dikendalikan oleh Encik Suhaimi bin Salleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan AKM Negeri Pahang.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan input Malaysia MADANI kepada peserta melalui kaedah perkongsian peranan AKM serta sesi interaktif kenegaraan yang menekankan tentang sejarah serta konsep Malaysia Madani.
Seminar sebegini wajar diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara AKM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang serta memperluaskan kefahaman konsep kenegaraan serta konsep Malaysia Madani di kalangan pelajar sekolah