Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KAMPUNG SRI GAMBUT

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KAMPUNG SRI GAMBUT

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓
𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢
 
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Kampung Sri Gambut pada 3 April 2025 bertempat di Dewan Utama Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai.
Seminar ini dihadiri oleh penduduk Kampung Sri Gambut, Pekan Nenas. Encik Mohd Jamil bin Samyon selaku penyelaras bagi seminar ini.
Seminar ini dimulakan dengan taklimat dan ucapan yang di sampaikan oleh Encik Mohd Zamrin bin Siran selaku Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Johor.
Kuiz kenegaraan juga dilaksanakan secara santai bersama penduduk kampung oleh tuan pengarah. Selain itu, seminar ini dipenuhkan lagi dengan aktiviti mewarna bagi kategori kanak-kanak.
Secara keseluruhannya, seminar ini berjalan dengan sangat lancar dan pihak AKM johor sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan Kampung Sri Gambut kerana sudi berkolaborasi bagi menjayakan seminar ini.