
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) anjuran Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia bersama Media Prima Berhad
Hits: 37
Media Prima Berhad hari ini telah menjadi sebuah lagi agensi korporat yang berjaya mengikuti Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) anjuran Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh pegawai kanan, pengarang akhbar, pengamal media, pencipta kandungan (content creator) serta kakitangan anak syarikat di bawah Media Prima Berhad. Ucapan aluan bagi program ini telah disampaikan oleh Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, selaku Group Managing Editor, New Straits Times Press Berhad. Di dalam ucapannya beliau telah menyatakan peri pentingnya pihak media berperanan untuk menyebarluaskan maklumat tepat berkaitan Malaysia MADANI ini. Beliau juga turut menyatakan program ini sangat relevan dan penting terutama dalam usaha memupuk ahli korporat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sangat memahami peranan dan tanggungjawab penting mereka dalam pembinaan negara bangsa. Usai ucapan aluan, program diteruskan dengan Sesi Interaktif Salam Malaysia MADANI yang telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Shukri Hj Adnan dan Encik Haslizar Rozally.
YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), AKM telah menyampaikan slot Bicara Eksekutif:'Malaysia MADANI dan Negara Bangsa' dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutup program. Terima kasih diucapkan kepada wargakerja Media Prima Berhad di atas kerjasama dan komitmen padu dalam melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI ini. 
