Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
 Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) bersama-sama 200 orang Pegawai, Eksekutif Muda, dan Wargakerja Telekom Malaysia Berhad (TM)

Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) bersama-sama 200 orang Pegawai, Eksekutif Muda, dan Wargakerja Telekom Malaysia Berhad (TM)

Pada 23 Julai 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Multimedia University (MMU), Cyberjaya telah dilaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) bersama-sama 200 orang Pegawai, Eksekutif Muda, dan Wargakerja Telekom Malaysia Berhad (TM).
Seminar ini dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Encik Mohd Asril Bin Idris, selaku General Manager Engagement & Culture, Group Human Capital Management Telekom Malaysia Berhad dan diikuti sesi makluman dan penerangan berkaitan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) oleh Encik Ahmad Shukri Haji Adnan, selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia. Peserta menampilkan respons yang amat positif dan cukup aktif di dalam penglibatan bagi Slot Interaktif Kenegaraan yang di kendalikan oleh Encik Hazli Hamzah dan Encik Ahmad Shukri. Peserta juga turut teruja dalam mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Encik Hazli Hamzah yang banyak menyentuh berkaitan kenegaraan, sejarah dan pengetahuan berkaitan Malaysia MADANI. Sesi tersebut amat menarik minat peserta untuk terus fokus dan mendalami ilmu kenegaraan.
Majlis Penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop , Timbalan Ketua Pengarah ( Latihan ) Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.