
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (KORPORAT) BERSAMA WARGA KERJA SIRIM
Hits: 20
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈𝐌
𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐒𝐢𝐫𝐢𝐦 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) hari ini telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) kepada warga kerja SIRIM di Shah Alam, Selangor. Program telah dihadiri seramai 220 orang pegawai dan kakitangan SIRIM.
Ucapan aluan telah di berikan oleh Tuan Adi Afuan Bin Zainudin, Group Chief People Officer SIRIM sebagai permulaan program dan diikuti oleh Taklimat Pengenalan AKM oleh Cik Norhaida Binti Ariffin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat serta seterusnya sesi interaktif kenegaraan telah dikendalikan terus oleh Cik Norhaida bersama-sama Tutor Kenegaraan Encik Haziq Naim. Seterusnya slot Bicara Madani telah disampaikan oleh Encik Zulkarnain Ghani dengan penuh berinformasi dan menarik minat peserta untuk terus kekal mendengar sehingga akhir sesi.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shukri Hj Adnan selaku Pengarah AKM Selangor. Terima kasih tidak terhingga kepada SIRIM di atas kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang program berjalan.