Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat)

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat)

Seksyen Korporat Bahagian Latihan Eksekutif , Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri meneruskan lagi sesi Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) dan kali ini peserta terdiri dalam kalangan wargakerja TV AlHijrah. Seminar yang melibatkan 200 orang peserta ini telah dirasmikan oleh Pengerusi TV Al Hijrah, YBrs. Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron. Turut serta di dalam seminar ini Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah YBrs. Tuan Hj. Namanzee Harris dan pengurusan tertinggi TV Al Hijrah. Peserta amat teruja mengikuti pengisian sepanjang seminar itu yang dimulakan dengan Sesi Interaktif Salam Malaysia Madani yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Adnan dan Encik Haslizar Bin Rozally. Seterusnya Bicara Eksekutif dan Majlis Penutup Seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Seminar ini juga dilihat berupaya menyemarakkan lagi semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024 nanti. Terima kasih warga TV Al Hijrah di atas penyertaan yang amat memberangsangkan.