
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAAHAD IMTIYAZ INTEGRASI ILMUAN ULUL ALBAB, BANTING
Hits: 70
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐘𝐀𝐙 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐔𝐋 𝐀𝐋𝐁𝐀𝐁, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐈𝐦𝐭𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛, 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Selangor, Pejabat Perdana Menteri melalui Pusat Latihan Kenegaraan Meru telah mengadakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertempat di Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab, Banting, Selangor.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Profesor Emiritus Puan Sri Datuk Dr Hajah Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Khalid Ibni Walid bin Yusop, PK Pentadbiran, Encik Abdul Hadi bin Ayob, PK HEM, Encik Abu Samah bin Shabudin, GKMP Vokasional dan teknik dan YM Raja Azman bin Raja Kadir, GKMP Pengajian Agama.
Turut hadir juga golongan warga emas yang menghuni dan menuntut ilmu di Maahad ini.
Encik Mohd Khairul Azhar bin Awam, Penolong Pengarah, Pusat Latihan Kenegaraan Meru telah menyampaikan taklimat mengenai AKM dan perkongsian mengenai intipati Malaysia MADANI.
Manakala YBrs. Dr. Zurina binti Muda, Penolong Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM yang juga merupakan ahli Pertubuhan Duat Al Falah turut dijemput hadir bagi menyampaikan perkongsian ilmu menerusi slot Tazkirah Ramadan.
Program diteruskan dengan majlis zikir sebelum masuk waktu berbuka puasa, solat sunat Tarawih seterusnya diakhiri dengan jamuan moreh.
Program ini memberikan impak yang positif ke arah jalinan ukhwah di antara AKM Negeri Selangor bersama-sama belia bersekolah ke arah menyebarluaskan kefahaman berkaitan Kenegaraan dan Malaysia MADANI khasnya di Negeri Selangor.