
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAHASISWA KOLEJ KETENGAH
Hits: 31
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu telah menjalankan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Kolej Ketengah bertempat di Dewan Auditorium Kolej Ketengah.
Program ini melibatkan mahasiswa/mahasiswi Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu telah dirasmikan oleh Puan Nur Zalikha binti Kamarul Zamri, Ketua Bahagian Operasi dan Pentadbiran, Kolej Ketengah.
Encik Mohd Zuhairi bin Mohd Kamal, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu telah menyampaikan perkongsian bertajuk Membina Negara Bangsa dan seterusnya menyusul sesi Interaktif bagi mengisi ruang slot yang berikutnya.
Seminar ini mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta-peserta dan dicadangkan agar seminar ini menjadi satu platform kepada mahasiswa/i di IPTA dan IPTS yang lain untuk berkarya dalam membina negara bangsa.