
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan JAKIM Zon Sabah
Hits: 59
Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, dan Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan JAKIM Zon Sabah pada 30 September 2024. Seramai 290 orang peserta telah menghadiri seminar ini dengan jayanya sehingga selesai. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan penghayatan belia institusi tinggi terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa, meningkatkan kefahaman tentang dasar-dasar malaysia madani sebagai hala tuju negara serta menerapkan pengamalan 6 Rukun MADANI di kalangan belia institusi tinggi. Seminar ini memfokuskan tiga pengisian penting iaitu dimulakan dengan sesi Interaktif Kenegaraan yang disampaikan oleh YBhg. Datin Shonitah binti Terang, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, AKM. Penutup bagi seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Sainuri Yahmin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.