Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (PRA UNIVERSITI) SMK SENGGARANG

Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (PRA UNIVERSITI) SMK SENGGARANG

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈) 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆
𝟕 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI telah diadakan di Dewan SMK Senggarang, Batu Pahat anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor.
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pembentukan pemimpin pelajar yang berwawasan dan berintegriti dengan berlandaskan teras Malaysia MADANI.
Taklimat seminar disampaikan oleh Encik Nor Adha bin Ngah Dimin dan sesi Interaktif Kenegaraan di sampaikan oleh Encik Mohd Jamil bin Samyon.
Dengan tema membina kepimpinan berteraskan nilai murni, seminar ini menjadi platform penting dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kerjasama antara peserta dan pegawai dalam program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI, yang mengutamakan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembentukan karakter serta sosial yang kukuh.
Melalui program seperti ini, diharapkan dapat melahirkan individu yang berdaya kepimpinan tinggi dan mampu membawa perubahan positif kepada negara.