
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SMK TEKNIK MELAKA, BUKIT PIATU
Hits: 42
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐈𝐀𝐓𝐔
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐌 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐏𝐢𝐚𝐭𝐮
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka, Pejabat Perdana Menteri melalui Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI : Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu bertempat di Dewan Wawasan, SM Teknik Bukit Piatu.
Seramai 550 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Bukit Piatu telah menghadiri seminar ini.
Sesi interaktif dan ceramah Membina Negara Bangsa telah dilaksanakan oleh Encik Najib Aliff bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Ia memberi pendedahan berkaitan 6 nilai teras MADANI yang menjadi dasar pembinaan negara di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Matlamat utama seminar kenegaraan ini adalah untuk meningkatkan lagi kefahaman peserta mengenai ilmu kenegaraan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
Turut hadir dan memberi ucapan serta semangat kepada para peserta ialah Puan Chan Pek Ling @ Elda, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu.
Secara keseluruhannya, seminar ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari kalangan peserta.