Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
SEMINAR KEPIMPINAN GENERASI MADANI : MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KLAWANG

SEMINAR KEPIMPINAN GENERASI MADANI : MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KLAWANG

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐀𝐊𝐓𝐀𝐁 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆
𝟏𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan telah melaksanakan Seminar Kepimpinan Generasi MADANI di Dewan Semarak MRSM Kuala Klawang, Jelebu.
Seramai 576 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah hadir.
Antara pengisian seminar ialah sesi Interaktif Kenegaraan dan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk Membina Generasi MADANI yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai AKM Negeri Sembilan. Manakala Perkongsian Ikon Anak Muda menampilkan saudara Abdul Akif bin Rahim dari Majlis Belia Negeri Sembilan. Slot ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada peserta agar menjadi belia yang aktif dalam aspek kepimpinan dan pembangunan masyarakat.
Perasmian Penutup seminar disempurnakan oleh Encik Mohd Junaidi Bin Julam, Pengetua MRSM Kuala Klawang. Turut hadir, Puan Hanifa Binti Maosin, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat.
Kejayaan pelaksanaan seminar ini membuktikan betapa pentingnya penerapan nilai kenegaraan, semangat kepimpinan, serta kefahaman mendalam terhadap konsep Malaysia MADANI dalam kalangan generasi muda hari ini.