Seminar Komuniti Bandar
Hits: 37
12 Mei 2024 - TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menjadi tetamu utama di Seminar Komuniti Bandar yang berlangsung pada 12 Mei 2024 bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka.
Program anjuran Bahagian Latihan Komuniti serta kerjasama World Youth Foundation (badan bukan kerajaan) telah melibatkan 400 orang peserta.
YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad turut hadir bersama-sama sepanjang sesi seminar berlangsung.