Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Sesi Kunjungan Hormat AKM ke SPRM

15 Mei 2024 - Pada hari ini telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat AKM ke SPRM bertempat di Bilik Mesyuarat SPRM.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM dan disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM . Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut YBrs. Encik Zahed bin Saidin, Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara, AKM dan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Kawalan Kualiti, Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Latihan Eksekutif, AKM.
Kunjungan hormat ini membuka ruang kolaboratif antara AKM dan SPRM bagi pelaksanaan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Agensi Penguatkuasa (KEYAKINAN) kelak.