Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Sesi kunjungan hormat dan perbincangan daripada Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP)

Sesi kunjungan hormat dan perbincangan daripada Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP)

Sesi kunjungan hormat dan perbincangan daripada Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu YBhg. Prof Madya Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith dan wakil-wakil fakulti pada 3 September 2024. Tujuan sesi ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pegawai-pegawai AKM berkenaan program-program pascasiswazah yang ditawarkan di bawah FSPPP. YBrs. Dr. Asiyah bin Kasim, Ketua Pusat Pascasiswazah UiTM membentangkan dengan jelas program tersebut meliputi perspektif akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran dan sebagainya. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM. Turut hadir adalah Encik Noor Hisham bin Rosle, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik (BPS), pegawai- pegawai dari ibu pejabat serta pegawai daripada Institut Kepimpinan Perdana (IKP) dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) di seluruh negara mengikuti secara dalam talian (online).