
Sesi Kunjungan Hormat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sdn. Bhd ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPTM
Hits: 71
Sesi Kunjungan Hormat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sdn. Bhd ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPTM, YBrs. Tuan Radzuan bin Razali telah berlangsung pada 9 Disember 2024. AKM telah diketuai oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar maklumat dan juga mengadakan perbincangan berkenaan program pelajar yang dapat dilaksanakan bersama-sama pihak AKM. Turut hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Dato' Haji Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM, YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Encik Noor Hisham bin Rosle, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik AKM, pengarah-pengarah bahagian AKM, pegawai-pegawai AKM serta pegawai-pegawai KPTM iaitu YBrs. Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin (COO KPTM), YBrs. Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali (PK JMI), YBrs. Dr. Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin (Ahli Lembaga Pengarah KPTM ) dan YBrs. Encik Amran bin Hassim (PPK HEP). Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.