
Sesi Pengumuman Logo Khusus Malaysia MADANI telah berlangsung pada 25 Oktober 2024 bertempat di Kementerian Komunikasi, Presint 4, Putrajaya anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Kementerian Komunikasi Malaysia
Hits: 570
Sesi Pengumuman Logo Khusus Malaysia MADANI telah berlangsung pada 25 Oktober 2024 bertempat di Kementerian Komunikasi, Presint 4, Putrajaya anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Kementerian Komunikasi Malaysia. Yang Berhormat, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil telah membuat pengumuman penggunaan logo khusus Malaysia MADANI berteraskan kepada 6 nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Hasrat kerajaan agar pembudayaan Malaysia MADANI logo khusus ini dapat dizahirkan melalui anjuran kementerian, jabatan dan agensi mengikut padanan kesesuaian program dan aktiviti. Oleh yang demikian, pengumuman ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan menyebar luas penggunaan logo khusus Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia. Malaysia MADANI seharusnya tersemat dalam hati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Penggunaan logo Malaysia MADANI yang berfungsi sebagai simbol kepada Malaysia MADANI itu sendiri perlu diperluas penggunaannya supaya Malaysia MADANI sentiasa tersemat dalam diri dan jiwa rakyat Malaysia.