Sesi Perbincangan Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi
Hits: 49
15 Mei 2024 - Satu sesi perbincangan bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Jabatan Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 15 Mei 2024 bertempat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Putrajaya.
Perbincangan ini berfokuskan kepada agenda pemerkasaan Mahasiswa di IPTA dengan jalinan kolaboratif bersama Pejabat Timbalan Menteri, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam menghasilkan program yang dapat memberi impak yang besar dan holistik tanpa berlakunya pertindihan program sesama agensi kerajaan.
AKM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop dan Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan (BLB), YBrs. Encik Khalid bin Mohamad Yosoff.
Turut hadir bersama adalah Pegawai Kanan dari Bahagian Belia dan juga wakil pegawai dari Bahagian Perancangan Strategik AKM.