
Sesi Perbincangan bersama Majlis AKRAB Malaysia bagi Tujuan Menjalinkan Kerjasama Strategik sebagai Usaha untuk Bersama-sama Menyebarluaskan Ilmu Kenegaraan serta Konsep Malaysia MADANI
Hits: 33
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Majlis AKRAB Malaysia bagi tujuan menjalinkan kerjasama strategik sebagai usaha untuk bersama-sama menyebarluaskan ilmu kenegaraan serta konsep Malaysia MADANI melalui program berbentuk seminar dan kursus melibatkan ahli-ahli AKRAB.
Kerjasama ini penting untuk memastikan ahli-ahli AKRAB yang merupakan anggota perkhidmatan awam, badan berkanun serta GLC dapat memahami secara jelas hala tuju dasar kerajaan semasa serta meningkatkan sumbangan sebagai barisan hadapan dalam hal ehwal pembinaan negara bangsa.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis AKRAB Kebangsaan, YBrs. Tuan Afendi Bin Ya @ Zakaria. Hadir mewakili pihak AKM antaranya ialah YBrs. Encik Mohd Nor Arshad bin Kamaruzzaman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Kualiti dan YBrs. Puan Zainariah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik.