
Sesi Perkongisan Ilmu bertajuk “Kesihatan Mental, Adakah Anda Perduli? ” telah diadakan pada 21 Januari 2025 secara hybrid dimana secara bersemuaka telah diadakan di Dewan Aditorium IKP
Hits: 18
Sesi Perkongisan Ilmu bertajuk “Kesihatan Mental, Adakah Anda Perduli? ” telah diadakan pada 21 Januari 2025 secara hybrid dimana secara bersemuka telah diadakan di Dewan Aditorium IKP. Penceramah bagi Sesi Perkongsian Ilmu ini ialah YBrs. Dr. Naniyati binti Shuib, Ketua Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. Perkongsian ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai cara-cara mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mental serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga kesejahteraan mental. Selain itu, Dr. Naniyati juga memberikan panduan praktikal tentang bagaimana mengatasi cabaran harian dan mengekalkan keseimbangan hidup yang sihat. Sesi ini merupakan salah satu platform untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan baharu pegawai dalam bidang tertentu dan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai lain melalui perbincangan dua hala. Selain itu, pameran dan saringan kesihatan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dijemput. Pemeriksaan dan pengukuran tekanan darah telah dilakukan kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan AKM.