
Siri Jelajah Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di 5 Kolej Matrikulasi masih diteruskan bagi Negeri Pahang (2), Kelantan, Wilayah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Hits: 25
Siri Jelajah Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di 5 Kolej Matrikulasi masih diteruskan bagi Negeri Pahang (2), Kelantan, Wilayah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada awal minggu pertama September yang lalu. Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan dengan rakan kolaboratif Bahagian Matrikulasi, KPM berjaya mengumpulkan secara kumulatif peserta seramai 1,100 orang yang hadir. Pelajar Kolej Matrikulasi bagi negeri yang terlibat ini telah memberikan komitmen yang sangat baik dalam seminar kenegaraan ini. Ramai juga yang menunjukkan minat untuk menyertai sebagai aktivis kenegaraan di kolej masing-masing selepas ini. Ulang tahun kelahiran Hari Malaysia semakin hampir, semoga bukan hanya semangat patriotik sahaja membugar dalam diri, tetapi seharusnya tindakan positif kita sebagai warganegara Malaysia yang dituntut pada era ini. Cintai negara kita tanpa syarat, kerana syarat yang ada itu hanyalah setia.