Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
SLOT KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BAGI PROGRAM PISMP IPGM, KPM

SLOT KENEGARAAN MALAYSIA MADANI BAGI PROGRAM PISMP IPGM, KPM

𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐒𝐌𝐏 𝐈𝐏𝐆𝐌, 𝐊𝐏𝐌
𝟏𝟎 - 𝟏𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 -𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Seramai 𝟓,𝟒𝟎𝟑 orang pelajar telah mengikuti Slot Kenegaraan Malaysia MADANI bagi Program Transformasi Minda Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama AKM negeri-negeri telah menerima jemputan bagi slot kenegaraan ini dari Bahagian Institut Pendidikan Guru Malaysia (ibu pejabat) dalam memberikan pendedahan awal berkaitan kenegaraan Malaysia MADANI. Pelajar-pelanar ini sedang kursus pra perkhidmatan pada tahun akhir pengajian di 𝟐𝟕 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐈𝐏𝐆𝐌 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
Kursus ini juga menjadi prasyarat mereka dalam menamatkan pengajian sebelum bakal berkhidmat dalam sektor pendidikan kerajaan.
Sesi penyampaian kenegaraan secara interaktif telah diberikan oleh pegawai latihan AKM dan Tutor Kenegaraan dari AKM negeri-negeri berkaitan Sejarah Kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Era Pasca Normal dalam menghayati nilai teras Malaysia MADANI.
Semoga ada manfaat dan sefaham yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian sebagai siswa pendidik hendaknya.