
Slot Kenegaraan, Malaysia MADANI: Bina Kota dan Bina Insan di Program Karisma Pemikir MADANI Siri 3 KPT
Hits: 52
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia telah menyampaikan Slot Kenegaraan, Malaysia MADANI: Bina Kota dan Bina Insan di Program Karisma Pemikir MADANI Siri 3 KPT. Program yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, AKEPT Kementerian Pendidikan Tinggi telah menjalinkan kerjasama bagi runding cara dan khidmat latihan kenegaraan bersama-sama Akademi Kenegaraan Malaysia. Semoga dengan kehadiran 80 orang pensyarah muda ini mampu memberikan impak dan kesan kepada persekitaran universiti yang lebih komprehensif dalam pembudayaan Nilai Teras Malaysia MADANI.