Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA / UITM

Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA / UITM

𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐀 / 𝐔𝐢𝐓𝐌
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan telah menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memberikan pendedahan awal bagi Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu. Perkongsian Pintar AKM-BHEP, KPT bagi Universiti Awam (UA) dan UiTM seluruh Malaysia ini melibatkan 55 Kampus semuanya. Turut terlibat penceramah dan pengendali sesi juga dari Pusat Latihan Kenegaraan (PLK), AKM seluruh Malaysia. Pada 29 September 2024 (Ahad) telah dilaksanakan di UTM, UPSI, UMPSA (Gambang) dan UMPSA (Pekan). Seramai 𝟖,𝟏𝟖𝟐 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 telah diberikan pendedahan awal berkaitan Institusi AKM dan pengisian Kenegaraan Malaysia MADANI.