
Unit Integriti, Bahagian Khidmat Pengurusan (AKM), telah melaksanakan Program Jelajah Integriti Siri 3 (Zon Tengah)
Hits: 36
Unit Integriti, Bahagian Khidmat Pengurusan, AKM telah melaksanakan Program Jelajah Integriti Siri 3 (Zon Tengah) yang melibatkan penglibatan Pengarah dan wakil bahagian di Ibu Pejabat, Pengurus serta warga IKP/ PLK di peringkat Zon Tengah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan usaha pemantapan akauntabiliti tatakelola dan tadbir urus dalam pengurusan jabatan. Program ini juga bertujuan menambah baik kompetensi berkaitan pengamalan nilai- nilai integriti yang baik dalam kalangan warga Akademi Kenegaraan Malaysia. YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM turut berkesempatan hadir meluangkan masa bersama-sama peserta disamping menyampaikan amanat berkaitan dengan pengisian program. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM.