Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
WACANA PEMIKIRAN MADANI ANJURAN AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM)

WACANA PEMIKIRAN MADANI ANJURAN AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM)

𝟏𝟐 - 𝟏𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮-𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Wacana Pemikiran MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2025.
Program selama tiga (3) hari ini dihadiri seramai 60 orang peserta terdiri daripada semua Pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah AKM Negeri dan pegwai-pegawai kanan AKM serta Penggerak MADANI dari seluruh negara.
Program Wacana Pemikiran MADANI yang dilaksanakan merupakan program wacana pertama AKM yang diadakan pada tahun ini. AKM merasa bertuah dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia yang meluangkan masa untuk bersama-sama peserta program ini.
Sesi ucaptama telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM. Turut hadir dalam program tersebut YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab Pengarah Bahagian Eksekutif, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Profesional).
Antara panel yang hadir untuk sesi pembentangan ialah YBhg. Dato’ Amin bin Senin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, YBhg. Dato Seri Dr. Uzir bin Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia dan YBhg. Dato’ Romli Ishak selaku Pengerusi Cyberview Sdn. Bhd.
Siri wacana pada kali ini bertujuan bagi menyediakan input-input penting dalam konteks latihan yang akan dikendalikan oleh warga dan penggerak AKM di seluruh negara pada masa sekarang dan akan datang.