Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama-sama pengurusan IKIM iaitu YBrs. Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, YBrs. Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad, Pengarah Pusat SYARAK, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Mat Ali Pengarah Pusat Media, YBrs. Dr. Muhammad Hisyam bin Mohamad, Pengarah Pusat EMAS, Puan Hajah Mazlina binti Ismail Ketua Pegawai Tadbir, Unit Program & Latihan, Encik Sharuzi bin Ismail dan Encik Muhd Shahrul Ridzuan bin Shafie, Unit Perhubungan Korporat. Turut hadir sama dalam kunjung hormat daripada AKM ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Pengarah-Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai AKM. Tujuan kunjungan hormat daripada IKIM adalah bagi membincangkan pendekatan untuk mempromosi konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat rentetan program Forum Global Madani yang IKIM telah dianjurkan pada 11 Julai 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan pihak AKM. Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.