Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Sesi kunjungan hormat diketuai oleh Pengasas dan Penasihat GEPIMA, Tuan Mohamed bin Kathir Ali. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar maklumat dan juga mengadakan perbincangan berkenaan isu-isu semasa dan ingin mengadakan Program Jelajah Bersama Masyarakat India Muslim dan Kesedaran Rukun Negara yang bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab terhadap negara serta memupuk semangat sebagai anak jati di negara ini bersama-sama pihak AKM. Turut hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Roslan bin Mat Nong, Pengarah-Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai AKM serta wakil-wakil GEPIMA iaitu Encik Mohamed Ibrahim bin Mohamed, Presiden GEPIMA, YBhg. Datuk Syed Osman bin Mohamed, Naib Presiden 1. Puan Sahkilah Banu binti Mohamed Yusoff, Naib Presiden 3, Encik Mohd Nazrin bin Abdul Majid, Setiausaha Agung dan Encik Mohamed Naseer bin Mohamed, Penasihat GEPIMA Wilayah Persekutuan. Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.