
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia ( AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama
Hits: 93
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia ( AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama yang berlangsung pada 12 September 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Prakasa, Aras 6, Ibu Pejabat AKM. Seramai 35 orang pegawai kenegaraan dan 9 orang wakil daripada kementerian dan jabatan utama telah hadir . Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan berkaitan pelantikan, tugasan dan pelaksanaan TOT Pegawai Kenegaraan dan Kementerian dan Jabatan Utama. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) AKM, beberapa orang pengarah dan pegawai kanan AKM. Objektif pelantikan Pegawai Kenegaraan adalah bagi memastikan pelaksanaan program-program kenegaraan di setiap kementerian / jabatan utama lebih berstruktur dan terarah dalam usaha menerapkan latihan kenegaraan dan semangat patriotisme kepada seluruh penjawat awam di Malaysia. Semoga dengan pelantikan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama ini dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama rakyat Malaysia, khususnya penjawat awam dalam usaha ke arah Pembinaan Negara Bangsa.