Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Komunikasi Korporat serta Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama

YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Komunikasi Korporat serta Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama

YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Komunikasi Korporat serta Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama yang berlangsung pada 18 Disember 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Prakasa, Aras 6, Ibu Pejabat AKM. Seramai 82 orang Pegawai Komunikasi Korporat dan pegawai kenegaraan daripada kementerian dan jabatan utama telah hadir. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menggariskan strategi komunikasi yang efektif bagi memastikan maklumat tentang Malaysia MADANI akan sampai sampai kepada setiap lapisan masyarakat, menyelaras penggunaan logo khusus Malaysia MADANI dan berkongsi pandangan serta cadangan bagi memperbaiki serta memperkasakan pelaksanaan program kenegaraan Malaysia MADANI pada masa hadapan. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Haji Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM, beberapa orang pengarah dan pegawai kanan AKM. Semoga dengan mesyuarat ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan penyampaian berkaitan program anjuran kerajaan khususnya program kenegaraan Malaysia MADANI kepada seluruh rakyat Malaysia oleh pihak UKK dan wakil pegawai kenegaraan kementerian serta jabatan utama dalam usaha ke arah Pembinaan Negara Bangsa.