
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menghadiri dan menyampaikan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu
Hits: 30
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menghadiri dan menyampaikan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 3 Oktober 2024 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Ini merupakan Sesi Jelajah ke kampus Universiti Awam (UA) dan UiTM bagi Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA/UiTM oleh Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan. Slot ini juga dikendalikan oleh pegawai-pegawai AKM daripada ibu pejabat dan PLK Kulim, Kedah. Turut bersama-sama dalam program ini ialah YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (TNC HEPA). Seramai 4,195 pelajar baharu telah mengikuti slot kenegaraan ini termasuk slot interaktif kenegaraan yang mendapat sambutan yang menggalakkan.