
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menghadiri dan menyampaikan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu
Hits: 22
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menghadiri dan menyampaikan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 2 Oktober 2024 bertempat di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Ini merupakan Sesi Jelajah ke kampus Universiti Awam (UA) dan UiTM bagi Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA/UiTM oleh Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan. Turut hadir bersama-sama pegawai latihan dari Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai, Johor. Kehadiran YBhg. Dr. Basarudin Basri, Timbalan Rektor HEP, UiTM Kampus Segamat bersama-sama dari awal majlis sangat kami hargainya. Sambutan daripada 2,100 orang pelajar baharu di sana amat menggalakkan dan diharapkan pengisian kenegaraan yang disampaikan oleh AKM memberi manfaat buat mereka agar dapat menjadi belia yang lebih bersemangat patriotik dan dalam pembinaan negara bangsa.