Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjung hormat daripada Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjung hormat daripada Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjung hormat daripada Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Jamil bin Mohd Dahalan, Ketua Unit Integriti, JPM pada 6 Ogos 2024. Turut hadir bersama-sama sesi kunjung hormat ini ialah Encik Wan Mohd Norulzaman bin Mohd Noor dan Encik Muhamad Haidir bin Zainuddin yang merupakan Pegawai Integriti JPM. Menerusi pertemuan ini beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui khususnya dalam meluaskan peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan berterusan bukan sahaja dalam pelaksanaan program yang bermanfaat, malah juga dari aspek advokasi berkaitan pembudayaan integriti terutamanya kepada warga AKM dan JPM serta masyarakat amnya.