Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM UKHUWAH MADANI : SEMINAR LESTARI SILAT LEGASI MADANI

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
 
Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan Program Ukhuwah MADANI : Seminar Lestari Silat Legasi MADANI yang melibatkan penyertaan dari komuniti setempat.
Program yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya ini dihadiri oleh peserta dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Seni Tempur Nagaputra.
Program ini menjadi medium dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep Malaysia MADANI kepada pelbagai kumpulan sasar. Ia turut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama serta muafakat yang utuh antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang Seni Tempur Nagaputra selain mengembangkan budaya silat dan memperkukuhkan jati diri berdasarkan nilai hormat, selaras dengan teras nilai MADANI.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Arham bin Azmi, Timbalan Pengerusi, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPPWP) Zon Putrajaya. Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Dr. Hajah Siti Nazariah Haji Abdul Razak; Encik Mohd Faizul bin Nasir, jurulatih silat dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017; Encik Mohd Arif bin Mohd Saad, Ketua Gurulatih Gelanggang Seni Tempur Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Nagaputra selaku rakan kolaborasi; serta Encik Muhammad Aidid Adil bin Haji Zainal selaku penyelaras program. Program ini turut dihadiri oleh Puan Sarah Maria Izuma binti Saruji selaku penyelaras bersama mewakili Kementerian Belia dan Sukan.
Diharapkan program ini dapat terus memperkukuhkan semangat patriotisme rakyat Malaysia melalui pemahaman dan penghayatan terhadap konsep Malaysia MADANI, sekali gus menyemai semangat kenegaraan dan menyebarluaskan matlamat pembinaan negara bangsa di semua peringkat masyarakat.
 

KURSUS TRAINING OF TRAINER (TOT) MODUL LATIHAN PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI MADANI (PKGM) ABM

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑 (𝐓𝐎𝐓) 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐊𝐆𝐌) 𝐀𝐁𝐌 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝟑𝟎 𝐌𝐞𝐢 - 𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
 
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Training of Trainer (TOT) Modul Latihan Program Kepimpinan Generasi MADANI ABM Akademi Kenegaraan Negeri Perak di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi.
Kursus ini dihadiri seramai 44 orang peserta. Sesi yang diadakan berpandukan Modul PKGM seperti Penetapan Minda, Horizon ilmu, Eksplorasi MADANI, Agenda Bertindak dan Bicara Tokoh.
 
Kursus ini dihadiri YBrs. Encik Haslizar bin Rozally, Pengarah Akademi Kenegaraan Negeri Perak bagi Sesi Bicara Tokoh. Turut hadir pada kursus ini adalah YBrs. Encik Abdul Rahman bin Hussin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Strategik (BPS) bagi Sesi taklimat Sahabat Penggerak MADANI (SPM) dan YBrs. Encik Kamarulariffin bin Harun @ Halim Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan Belia dan Institut Pendidikan, AKM bagi pemantauan modul dan menyampaikan sesi Malaysia Input.
Kursus ini diadakan bagi persiapan peserta untuk menyampaikan modul PKGM seiring Malaysia MADANI. Diharapkan semoga Sahabat Penggerak MADANI (SPM) dapat bersama-sama AKM bagi melaksanakan program dengan lancar.
 

KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐑 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐇
𝟎𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
 
Satu sesi kunjungan hormat oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu keatas Pengurusan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang telah diadakan bertempat di Bilik Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak AKM dan Pengurusan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Ahmad Khairuddin bin Mohammed Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu dan telah disambut mesra oleh Dr. Hariza binti Hussin, Timbalan Pengarah (Perubatan) yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Perbincangan ini telah tertumpu kepada peluang kolaborasi bersama dalam melaksanakan program-program berimpak tinggi yang mensasarkan kepada kakitangan awam. Inisiatif bersama ini merangkumi aspek pendidikan kenegaraan, pembinaan jati diri, pengupayaan sosial serta pembangunan nilai sivik dalam kalangan kakitangan hospital
Sesi kunjungan hormat ini telah membuka lembaran baharu kearah kerjasama yang lebih utuh dan bermakna, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara MADANI yang seimbang, progresif dan berteraskan nilai.
 

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI MAHASISWA UITM KAMPUS KOTA BHARU

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔
𝟐𝟗 - 𝟑𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧
 
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI bersama UiTM Kampus Kota Bharu bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas, Kelantan telah dilaksanakan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri, Negeri Kelantan.
Kursus ini telah disertai seramai 39 orang yang terdiri daripada mahasiswi UiTM Kampus Kota Bharu. Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kenegaraan dengan memberi pendedahan berkenaan Pelembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan mahasiswi UiTM Kampus Kota Bharu. Ucapan ribuan terima kasih kepada agensi UiTM Kampus Kota Bharu, Kelantan di atas kerjasama bagi menjayakan program ini.
 

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI JAWATANKUASA BELIA PULAU PINANG

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
𝟑𝟎 𝐌𝐞𝐢 - 𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭- 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐔𝐥𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐬, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
 
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Jawatankuasa Belia Pulau Pinang bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Perak.
Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh 92 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai persatuan yang bernauang di bawah Majlis Belia Daerah Barat Daya. Pelbagai slot yang menarik telah diisi seperti perkongsian Malaysia MADANI, Jata Negara, Rukun Negara, aktiviti perkhemahan , dan interaktif kenegaraan.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr Haji Shah Headan Ayoob bin Hussain Shah, selaku Penasihat NGO Majlis Belia Daerah Barat Daya. Turut hadir bersama adalah Encik Ahmad Zaki Shah bin Shah Headan selaku penyelaras peringkat Majlis Belia Daerah Barat Daya.
Perasmian penutup disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Termizi bin Mat Bunor @ Mohamed Nadzri, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan input kenegaraan serta menekankan konsep Malaysia MADANI serta tadbir urus kepimpinang berpersatuan yang baik kepada para peserta disamping menyemai sikap kekitaan sesame mereka.
Diharapkan Kerjasama yang berterusan dari pihak persatuan belia dan AKM Ngeri Pulau Pinang dapat diteruskan lagi dalam bentuk kolaboratif program yang lain pada masa akan datang.