Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM) MALAYSIA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐀𝐏𝐌) 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝟏𝟑 - 𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Bahagian Eksekutif dan Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia telah melaksanakan Program Kursus Kenegaraan MADANI Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia Zon Utara pada 13 hingga 15 Mei 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 118 orang peserta dari pelbagai gred dan skim yang bertugas di APM Negeri Kedah, APM Negeri Pulau Pinang dan APM Negeri Perlis.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Hasri bin Mohd Hadzir, Pengarah Bahagian Pematuhan dan Pemantauan Akademi Kenegaraan Malaysia. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim (Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan ,Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), YBrs Encik. Mohd Termizi Bin Mat Bunor@Mohamed Nadzri (Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang), Kolonel (PA) Lokman Hakim Bin Abd Rahman (Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang) dan En. Khairul Fadzreen bin Khairruddin (Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang - selaku Penyelaras Program).
Pihak AKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urusetia AKM Negeri Pulau Pinang dan APM di atas kolaborasi yang telah dijalankan bagi menyampaikan maklumat mengenai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Malaysia MADANI serta isu-isu semasa negara.
 

SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2025!

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓! 🔥𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 💪🏻
Hari ini kita raikan semangat, kreativiti, dan potensi luar biasa anak muda 🇲🇾.
Anda adalah agen perubahan yang akan membentuk masa depan negara.
Jom terus berkarya, berinovasi, dan memberi impak positif untuk negara tercinta! 💪
 

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI KOMUNITI KEMAS ZON SELATAN

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐔𝐥𝐮 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐦, 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Komuniti KEMAS Zon Selatan dianjurkan oleh Bahagian Latihan Komuniti Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.
Kursus 3 hari 2 malam ini  mengandungi pengisian perkongsian tentang fungsi AKM dan 6 Teras Malaysia MADANI bagi meningkatkan pengetahuan dan pengamalan Malaysia MADANI di kalangan peserta komuniti.
Objektif program ini antaranya ialah meningkatkan pemahaman Mengenai Malaysia MADANI, memupuk pengamalan nilai-nilai MADANI dalam Kepimpinan Komuniti dan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan Kepimpinan Komuniti.
Program ini juga turut melibatkan kehadiran seramai 80 orang kakitangan KEMAS pelbagai jawatan.
Antara pengisian dalam program ini adalah slot Pengenalan AKM , Teras MADANI oleh Encik Hafizi Bin Ahmad, Pegawai AKM dan pengisian slot-slot kenegaraan melalui latihan dalam kumpulan (LDK).
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diadakan lebih banyak lagi di kepada seluruh kakitangan KEMAS di seluruh Malaysia.
 

SEMINAR KENEGARAAN GENERASI MADANI : MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAZALI SHAFIE KUALA LIPIS

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 – 𝐌𝐀𝐊𝐓𝐀𝐁 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐆𝐇𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐈𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒
𝟏𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Pahang melalui Pusat Latihan Kenegaraan Lipis telah melaksanakan Seminar Kepimpinan Generasi Madani di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis.
Seminar ini telah disertai oleh Pelajar MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis yang terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5. Seminar dimulakan dengan Pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Pengisian Slot Membina Generasi Madani yang disampaikan oleh Encik Mayadi bin Ismail, Penolong Pengarah AKM Negeri Pahang. Seterusnya, Sesi Interaktif diteruskan bersama Encik Muhammad Shukri bin Saidan. Turut hadir ialah Encik Abdul halim bin Abdullah, Cikgu Pengiring MRSM Tun Ghazali Shafie.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan input Malaysia MADANI kepada peserta melalui kaedah perkongsian peranan AKM serta sesi interaktif kenegaraan yang menekankan tentang sejarah serta konsep Malaysia Madani.
Seminar sebegini wajar diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara AKM dan Sekolah serta memperluaskan kefahaman konsep kenegaraan serta konsep Malaysia Madani.
 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA NEGERI PERAK KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐈𝐏𝐎𝐇
YBrs. Tuan Haslizar bin Rozally, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada YBrs. Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Kunjungan hormat ini merupakan satu platform perbincangan kolaboratif untuk berkongsi informasi serta meneroka ruang kerjasama yang lebih luas di samping memperkukuhkan hubungan strategik khususnya dalam pelaksanaan program-program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Pihak Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak atas kesudian meluangkan masa dan menerima kunjungan hormat tersebut.